CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 7 November 2011

KERANA KAMU 8


Rara terjaga dari lena yang panjang. Setelah puas menangis tadi, dia tidak ingat apa-apa. Dia seolah-olah terpukau dengan layanan dan kemanjaan yang diberikan oleh Rain kepadanya. Layanan bak seorang puteri. Sumpah! Dia tidak ingat apa-apa. Dek mahu membuang bayangan Didi yang hadir menghantui perasaannya, dia rela menyerahkan segala-galanya kepada Rain. Lelaki Malaysia yang lari membawa hati yang duka ke bumi Inggeris ini.

Sebaik dia membuka matanya tadi, apa yang kelihatan hanya empat penjuru tembok batu dan dirinya terbaring di atas tilam empuk. Selesa benar rasanya. Baru Rara mahu bermalas-malasan, dia tersedar yang dirinya bukan berada di dalam bilik hostelnya. Dia bukan lagi terbaring nyaman di atas katilnya. Di manakah aku? Apakah yang telah terjadi sebenarnya? Dia bingkas bangun dan cuba mengingati kali terakhir dirinya berada di mana dan bersama siapa? Tiba-tiba dia teringatkan Adam Bahrain?

Ya ALLAH! Apa yang dia telah lakukan kepadaku?

Dengan rakus Rara membelek dirinya di dalam cermin di hadapannya. Bajunya masih yang sama, rambutnya juga berkeadaan rapi, cuma wajahnya kelihatan sembab. Rara tahu tadi dia menangis di hadapan Rain. Tetapi takkan lelaki itu…

Tiba-tiba pintu bilik tersebut terkuak dari luar. Rara cepat-cepat membetulkan duduknya di atas katil.

“Kau dah bangun? Lama betul kau tidur.”

Rain tersenyum-senyum. Rara merasakan senyuman Rain macam memerlinya. Rain seolah-olah mentertawakan kebodohannya kerana sanggup mengikut lelaki itu pulang ke apartmentnya. Mungkin Rain menganggap Rara sama sepeti perempuan murahan lain yang mudah di bawa ke biliknya.

“Macam mana aku ada kat sini? Kau bagi aku ubat ya? Kau bagi aku makan dadah ke?” Rara menempelak Rain yang sedari tadi masih tersenyum-senyum.

“Jangan selalu anggap lelaki jahat. Tak semuanya. Kalau adapun, aku salah seorang yang kau boleh percayai. Aku bukan golongan makan orang, okey.”

Rara tidak melayan Rain yang memuji dirinya sendiri. Masuk bakul angkat sendiri! Tak malu. Rara mencebik. Tetapi nalurinya percaya apa yang Rain katakan. Dia pun sukar untuk menerangkan dengan kata-kata mengapa kepercayaannya bulat terhadap Rain.

“Kau ada pegang-pegang aku tak tadi? Baik kau cakap…”

Rain menyandarkan tubuh lampainya ke dinding. Dia merenung wajah comel Rara dengan perasaan. Perasaan yang dia sembunyikan di sebalik tindakan selambanya terhadap gadis itu.

“Ada. Mesti ada. Kenapa? Kau marah?”

“How dare you! Kau tak boleh buat macam itu. Aku tak sedar, mana kau boleh buat sesuka hati.” Rara menepuk-nepuk dada Rain dengan sekuat hati. Dia melepaskan kemarahannya. Dia tidak boleh bayangkan apa yang sebenarnya telah Rain lakukan terhadapnya sewaktu tidak sedarkan diri tadi.

“Sekarang siapa yang pegang siapa ni?” Rain tetap selamba dalam kematangannya.

Rara menarik tangannya dari terus menepuk dada bidang Rain. Dia malas berlawan cakap dengan lelaki berusia awal 30-an itu. Semakin lama semakin sakit hatinya. Tetapi, betulkah dia ada memegangku tadi? Apa yang dia pegang? Hee…seram sejuk Rara memikirkan apa tindakan Rain kepadanya.

Rara tidak jadi mahu melangkah keluar. Dia mesti mendapatkan kepastian dari Rain walaupun kenyataannya nanti amat memedihkan. Tanpa sedar Rain yang mahu membontoti langkahnya dilanggar kasar oleh Rara. Akibatnya, kedua-duanya terjatuh di atas tilam dek terjahan kasar tubuh kecil Rara yang sedang marah.

Rara tergamam. Bibirnya nyaris bersatu dengan bibir Rain. Dia cuba bangun tetapi dakapan tangan tegap Rain menyebabkan tubuhnya tersembam kembali di atas tubuh sasa lelaki itu. Bau haruman ‘Pursuit’ pewangi Dunhill menyegarkan rongga hidungnya. Sekejapan dia alpa yang dia berada dalam kedudukan yang bisa menghanyutkan maruahnya. Mindanya yang lagi satu menghalalkan saja perlakuan Rain terhadapnya. Ada satu rasa halus yang menjalar ke segenap urat saraf yang menyebabkan fikirannya begitu kontras dengan rasa hatinya. Apakah perasaan ini? Heningnya rasa ini. Seketika buat pertama kalinya dia terlupa kehadiran Didi dalam ruang hatinya.

Satu kucupan lembut hinggap di pipinya. Fikiran Rara baru segera kembali di alam realiti. Dia tergugah dengan apa yang sedang terjadi.

“Apa kau buat ni.”

“Buat apa?”

“Tadi tu…” Rara menggosok-gosok pipinya supaya Rain tahu apa yang telah dilakukannya tadi.

“Sikit aje.”

“Sikit pun tak boleh. Berdosa.”

Rain tersenyum penuh makna seraya duduk di birai katil. Dia harus menyatakan kemahuannya sekarang. Kini dia sudah tidak tahan. Jika tidak, mungkin tiada esok baginya. Sejak insiden dia mengangkat gadis itu yang tertidur di dadanya hinggalah detik-detik dia memerhatikan Rara tidur, hatinya sudah tidak boleh dikawal lagi. Dia mesti meluahkannya. Jika ditolak? Itu cerita lain; fikirnya dengan positif.

“Kalau gitu kita kahwin nak?”

“What? Kahwin? Eii!! Tak mahu aku. Aku masih belajar. Aku mesti habiskan study aku. Lagipun…kahwin dengan orang yang aku tak ada perasaan langsung. Tak mahu.” Rara segera membalas. Mukanya sudah naik merah menahan malu. Seorang wanita hingusan diajukan soal kahwin? Malunya jangan cakap tetapi dia terpaksa berlakon begitu di hadapan lelaki matang seperti Rain.

“Betul ke kau langsung tak ada perasaan pada aku.” Rain berbisik ke telinga Rara.

Sekali lagi haruman ‘The scent of adventure’ dari Pursuit Dunhill menusuk lubang hidungnya lalu melahirkan satu aroma perasaan yang berbunga-bunga. Cintakah ini? Oh! Tidak! Tapi mengapa debaran di dada lajunya sangat luar biasa hingga naik serinya hingga ke muka. Rara merasakan pipinya panas. Hangat.

“Tak ada.”

“Tapi aku tengok wajah kau jadi pink! Kau tipu kut!” Rain mengujinya.

“Pink?! Kau tipu! Mana ada!”

Rain ketawa gelihati dapat mengusik Rara yang sedang kalut. “Tau takut. Aku main-main aje. That is a nonsense joke from me. Please don’t take to heart. ”

“Kau ni!” Sekali lagi Rara cuba memukul dada bidang Rain. Tapi dia cepat-cepat menarik balik tindakannya. Takut terkena lagi!

“I’m ready for real adventurous…” Rain bergurau.

Gurauan itu menimbulkan getaran yang bukan sedikit di dalam hati gadisnya. Dia sudah tidak mampu menyembunyikan perasaannya jika berlama-lamaan dengan Rain. Dia harus beredar. Lagipun dia tidak mahu Dayang berprasangka apabila dia pulang lewat atau langsung tidak pulang setelah menemui Rain.

Sedetik kemudian telinga mereka terdengar bunyi pintu aparment di hempas kuat. Rara dan Rain saling berpandangan. Rain bergegas lari ke pintu tetapi tiada sesiapa di situ. Dia mengangkat tangan tanda isyarat tiada sesiapa di luar kepada Rara. Serta merta wajah Rara bertukar pucat.

Bunyi SMS masuk mengejutkan Rain dan Rara. Kedua-duanya menyelongkar handphone masing-masing. Rara menggeleng tanda bukan dia yang menerima mesej. Rain pula membelek handphonenya.

Wajahnya berubah tatkala memandang skrin telefonnya. Telefon itu diserahkan kepada Rara.

“Mati aku!!”

“Kita!”

Rain memandang Rara sambil menyimpulkan harapan. Dengan MMS itu, Rara tidak mungkin menolak niatnya kali ini. Perihal pengirim MMS tersebut, biar dia yang menguruskannya. Dia kenal benar siapa orang itu dan cara menyelesaikannya. Kini, dia bukan budak suruhan Datuk Ikram. Dia bebas berbuat apa sahaja mengikut khendak hatinya. Yang ini dia amat pasti
Sinopsis (pendek je, tapi berbeza la setiap episod):

Tentang Kim Joo Won (Hyun Bin), secara luarannya nampak seperti lelaki sempurna yang menyembunyikan keangkuhan dan sisi dirinya yang pelik, dan Gil Ra Im (Ha Ji Won), seorang pelagak ngeri dimana kecantikan dan badannya dicemburui oleh kebanyakan aktres terkenal. Suatu hari mereka pergi jauh ke kawasan gunung dan masuk ke dalam sebuah rumah yang pelik, dimana seorang nenek menawarkan mereka cokelat. Keesokkan harinya, mereka mendapati diri masing-masing telah bertukar antara satu sama lain.




Kalau nak tahu, pelakon utamanya Hyun Bin ngan Ha Ji Won (yg berlakon siri hotel). Comel betul bila Ha Ji Won berambut pendek, sooo cute dan sincere. Like it!! Kalau ada sesape yg nak tengok siri ini online, cube tengok kat sini. Pasti korang suka & meletup! Ada juga website lain tapi very slow la gambar dia.
Selain itu, saya suka, sangat suka ngan lokasi rumah Kim Jo Woon, very stylish, english look and semua macam serba putih. Sangat transparent. Ada lagi gambar lokasi drama ini dibuat. Cuba tengok gambar berikut ni...



Atas, di antara pelakon utamanya...

Antara gambar promosi 'Secret Garden'.
Okey tak u all rasa drama korea terbaru ni. Hot lagi tau, ditayang di saluran KBS bermula 23/11/2010. So, sesape ada Astro Beyond, saluran 393 boleh tengok drama ni. Ada yang dah tengok?
What u all think? Happening? Biasa aje? Or...addicted like me??
Up to U all! Yang penting kita boleh enjoyce...Rite?

SINOPSIS NOVEL: LAFAZKAN CINTAMU


TAJUK: LAFAZKAN CINTAMU
KARYA: AIDA ADRIANI
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD

Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah di dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, disaat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya...dia tidak akan memburu cinya yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan dilubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu. Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengarlah dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

sambungan ombak rindu

ReviewReviewReviewReview
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fauziah Ashari
Terbitan Intens Media
Cinta... Tiada Akhirnya by Fauziah Ashari
(Kesinambungan Ombak Rindu)

"Tak henti hati ini menyebut namamu. Tak henti jua degupan rindu memalu jantungku..."

tak sabarnyer nak baca buku ni sbb nak tau sangat apa la jadi kat Izzah ngan Hariz. Langkau baris dalam novel ni lebih besar dari novel2 lain, selesa jugak baca mcm tu tak sakit mata. Bagi saya sambungan citer best la, kira Hariz memulakan semula cintanya dengan langkah yang betul bagi membetulkan cara dia berkahwin dgn Izzah dulu.

pada permulaan cerita agak slow, berkisar hubungan Izzah-Hariz. Hariz ada anak dgn Mila, nama dia Armand. Tapi Mila dah nak kawin so Hariz ni risau sikit pasal anak dia yg dijaga oleh Elin, adik Mila. Izzah masih lagi seorang yang penyabar dan Hariz yg ada lagi barannya walaupun sangat sayangkan Izzah. Hariz paling marah masa Izzah langgar arahan dia supaya jgn kuar rumah. Lg satu yg dia runsingkan bila Izzah menipu dia utk mendapatkan wang RM25ribu utk diberi kepada Pakcik Taha yg menyamar sbg pemandu Hariz. Di sini jelasnya kesalahan pada Izzah la sbb tak berterus terang dengan Hariz menyebabkan Hariz semakin
menyisihkan Izzah.

Citer jadi suspen selepas Izzah diculik dan hanyut di sungai semasa melarikan diri. Hariz dah tak keruan. tu la masa ada tak layan elok2 dah hilang baru kalut, dah la izzah tu pregnant. tapi tu la lepas kena sepak ngan Roland, Izzah keguguran lagi. Lepas izzah hilang pihak polis jumpa mayat yg disyakki sebgai Izzah dan akhirnya konfirm izzah selepas ujian DNA.

dua tahun lebih Hariz kehilangan Izzah tapi dia tetap tak cari pengganti walaupun Mila, janda dia dok cuba ngorat dia balik and oso adik Mila, Elin turut menunjukkan minat pada Hariz tapi tak la seagressive si Mila tu. Mak Jah berkenankan Elin yg rapat dgn Armand dan hint2 la suruh Hariz kawin ngan Elin sbb Izzah pon dah lama meninggal dunia.

Setelah melihat gambar Suri yg ditunjukkan oleh Hazirah, cinta kembali berbunga di hati Hariz sbb rupa Suri memang sejibik sejibon muka Izzah cuma rambutnya pendek, dan agak kasar perilakunya (macam heroin citer korea stairway to heaven lah pulak, kan awek tu disangka mati selepas dilanggar kereta, tapi bertahun-tahun kemudian bertemu semula dgn hero dlm keadaan hilang ingatan dan mempunyai identiti lain, tapi takdir mereka bercinta so jatuh cinta jugak macam mana pon)

selepas dpt mencari Suri, pembaca akan keliru, betul ke ni Izzah ataupun memang Suri sbb keluarga suri bela suri sejak berusia 4 hari dan siap ditunjukkan gambar2 Izzah zaman kecik, remaja dan dewasa.

Lepas frust tak dapat kawin, Hariz bjaya memujuk keluarga suri membenarkan Suri bekerja sbg penjaga anaknya yg diambil dari Mila setelah berjanji tak akan kawin dengan Elin sekiranya dia dibenarkan menjaga Armand. Terlalu banyak ciri-ciri Izzah yg dimiliki oleh Suri menyebabkan Hariz makin yakin itulah Izzahnya. Dia ajak Suri kawin tapi Suri takmo selepas mendengar citer Syamil(bekas tunang suri) yg kononnya diculik sejurus sebelum majlis pernikahan dan percaya itu angkara Hariz.

memang misteri la identiti suri ni sebab suri ni tiada ingatan kisah hidupnya sebelum 3 tahun yg lalu.

Salleh, adik Hariz yg diberi kepercayaan menerajui Cemerlang Sufiah telah memperdaya Hariz dan kawin dgn Hazirah hingga berjaya mengumpul 41% jumlah share Sufiah holding, menidakkan Hariz sbg pemegang share utama.

banyak lagi la perkara2 menarik menyelubungi kisah Hariz-Izzah/Suri nih. Dalam nak menyingkap semula ingatan Suri pun macam2 yang berlaku.

Tapi saya macam tak convince sgt ttg keputusan DNA, adakah pakcik Taha dan Salleh berjaya menukar sample DNA mayat yang tak dikenali tu hingga menjadikan keputusan ujian forensik tu positif, sedangkan mayat itu bukan Izzah dan bukan juga Suri. *garu pala*

Happy ending tapi Izzah masih belum pulih sepenuhnya daya ingatannya dan memberi ruang yang baik utk sambungan bhg ke3. memuaskan hati, thumbs up to Fauziah Ashari.

sure fine whatever
Rinn

Terbitan Intens Media
Sinopsis belakang buku:

Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

KURELA CINTA INI BERTAMU



Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?

Sinopsis Novel 'Kau Yang Satu'

Novel 'Kau Yang Satu' ini di karang oleh Nia Azalea. Jalan cerita nya best... mudah difahami... dan plotnya tidak berbelit-belit.


Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.


Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.

Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.
Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri. 
Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan  mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.

Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.

Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu...'

MENCARI JALAN KE SYURGA



Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.