CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 7 November 2011

ciri ciri lelaki yg diminati wanita


1)  Lelaki tulen -  bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

2) Lelaki yang berharga -  tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

3) Lelaki yang tabah - tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

4)
Lelaki yang sederhana - tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

5) Lelaki yang berpendirian - yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

6) Lelaki yang kemas bersih- jaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak selekeh.

7) Lelaki yang memahami -  faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

8) Lelaki yang berwawasan - tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Tabah dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

9) Lelaki yang baik - tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

10) Lelaki yang sopan - Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

11) Lelaki yang penyayang - suka pada kanak-kanak,haiwan dan selain itu walaupun ia sukar untuk meluahkannya pada kata-kata ,kasih dan sayangnya dapat dilihat dari perbuatannya.

12 ) Lelaki yang ceria- Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu marah dan bermuram.

 

No comments:

Post a Comment